Ahad 8 Dec 2013, satu kejadian merusuh telah berlaku di Singapore selepas berlakunya satu kemalangan pada jam 9:23pm.
Dikatakan dalam kemalangan tersebut, sebuah bas telah terlanggar seorang pekerja asing dari Bangladesh di persimpangan Race Course Road. Dalam kemalangan itu pekerja Bangladesh tersebut dikatakan meninggal dunia.
Sejurus kemalangan itu berlaku, seramai 400 orang pekerja asing telah mencetuskan huru hara dan memusnahkan harta benda awam, termasuk kereta persendirian, sebuah bas, membakar sebuah ambulance dan 5 buah kereta polis dirosak dan diterbalikkan.
Polis Singapore menahan pekerja asing yang terlibat dengan rusuhan tersebut. Difahamkan juga bahawa lebih kurang 10 pegawai polis cedera dalam rusuhan tersebut.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment