Akibat Fotokopi Gambar Punggung

on Friday, May 2, 2014




DALAM dunia ini, memang ramai manusia yang berperangai pelik.

Rakaman menerusi kamera pengawasan ini adalah antara contoh mereka yang suka melakukan perbuatan yang tidak masuk akal sehingga menyusahkan diri sendiri.

Entah apa motifnya, lelaki ini cuba membuat salinan gambar punggungnya menerusi mesin fotokopi ini.

Malangnya, skrin mesin tersebut pecah selepas dia bertindak duduk di atasnya.

Tak tahulah sejauh mana kecederaan yang dialaminya, tetapi apa yang lebih penting, apa jawapannya kepada majikan dan rakan sekerjanya?

Saksikan video dibawah




 


Sumber
Tag : , , , ,

Badan Lelaki Menyerupai Sotong

on Monday, January 13, 2014



Setiap manusia ingin dilahirkan dengan cukup segala sifat dan anggota fizikal sebagaimana ciptaan terbaik dari Tuhan untuk dinikmati dan disyukuri oleh semua manusia.
Namun, berbeza dengan seorang lelaki dari Filipina, Rudy Santos, 55 yang diberi gelaran sebagai ‘Lelaki Sotong’ atau Octoman oleh masyarakat seluruh dunia kerana kecacatan yang dia miliki sejak dari lahir lagi.
Rudy dilahirkan dengan fizikal yang berbeza di mana dia mempunyai empat lengan dan tiga kaki yang melekat kukuh di hadapan badannya dari paras perut hingga ke pinggang.
Meskipun dia mempunyai fizikal yang berbeza dengan orang lain, Rudy langsung tidak berasa itu sebagai kekurangan dirinya.
Sebaliknya, kecacatan kekal itu menjadikan Rudy terkenal khususnya di Filipina apabila dia melibatkan diri dalam pertunjukkan sarkas sejak dari zaman remaja lagi untuk menampung perbelanjaan keluarganya.
Biarpun masyarakat sekeliling memandang pelik dengan fizikal badannya, Rudy tetap berusaha dan gigih untuk berkerja demi mendapatkan kewangan yang tetap untuk menampung kehidupan dan perbelanjaan sekolah adik-adiknya.
Segala jerit perih yang dilalui oleh Rudy akhirnya terbalas apabila dia sekarang ini ditanggung sepenuhnya oleh adik-adiknya termasuklah bantuan kewangan untuk kos perubatan diri sendiri.
Kini, Rudy masih lagi tinggal bersama ahli keluarga dan adik-adiknya dan masanya banyak dihabiskan dengan berkongsi segala kekuatan dan kesusahan yang dia tempuhi.
Bercakap mengenai kesihatannya, Rudy yang pernah mendapatkan rawatan lanjut dengan doktor pakar mengenai kecacatan itu menemui jalan buntu.
Doktor pakar tersebut tidak berani untuk mengambil risiko melakukan pembedahan membuang ketumbuhan atau anggota tambahan di badan Rudy memandangkan anggota-anggota itu bercantum dengan organ-organ dalamannya dan mampu membahayakan nyawa lelaki itu.
Malah, kos pembedahan untuk membuang kecacatan itu juga terlalu tinggi dan tidak mampu ditanggung oleh Rudy.
Pun begitu, Rudy pasrah dengan nasib yang menimpa dirinya dan terus berusaha untuk meneruskan sisa hidup yang tinggal.

Tag : , , , ,

Pelik! Ikan Menyerupai Naga Sepanjang 4 meter

on Sunday, January 12, 2014

Nelayan dan pembeli di jeti Kuala Kerteh di sini gempar apabila seorang nelayan membawa pulang seekor ikan aneh menyerupai naga, pagi semalam.


Ikan ganjil itu mempunyai sesungut panjang berwarna merah di kepala dan bawah mulut serta berduri di bahagian bawah badan, dengan ukuran empat meter panjang dengan berat mencecah sembilan kilogram.








“Saya terkejut melihat ikan itu, kepalanya mirip naga, badan berwarna putih dengan kulitnya keras tetapi tidak bersisik, ikan ini juga memiliki sirip berwarna merah,” kata pembuat minyak urut, Othman Abu Bakar, 63.


Othman yang berasal dari Kampung Telaga Papan, dekat sini, berkata, dia yang berada di jeti sewaktu nelayan pulang menangkap ikan kira-kira jam 11 pagi terus menyuarakan hasrat untuk membeli ikan itu kerana melihat keunikannya apatah lagi sepanjang hidupnya dia tidak pernah melihat spesies ikan sedemikian.

Othman kemudiannya menyuarakan hasrat membeli ikan aneh itu daripada pemiliknya yang merupakan pemuda dari Kampung Rasau.

“Saya beli kerana ingin tunjukkan kepada penduduk kampung. Sebaik saya membawa pulang ikan ini, ramai jiran tetangga berkunjung ke rumah melihatkan ikan pelik itu.

“Mereka tidak pernah melihat ikan seperti itu walaupun sudah lama tinggal di Kampung Telaga Papan yang terkenal dengan kawasan penangkapan dan pendaratan ikan,” katanya.

Ditanya mengenai harga ikan tersebut, Othman enggan memberitahu walaupun dipujuk beberapa kali.

Katanya, walaupun ketika dinaikkan ke darat kepala ikan itu sudah hancur tetapi ciri-ciri pada badannya jelas kelihatan seperti seekor naga.

“Kepala ikan hancur mungkin kerana tersangkut pada pukat digunakan nelayan,” katanya.

Othman bagaimanapun tidak berhasrat untuk memakan ikan itu, tetapi akan mengeringkannya untuk dijadikan ramuan bagi menghasilkan minyak urut

Tag : , , ,

Lelaki Jadi Hamba Keluarga Syaitan

on Saturday, January 11, 2014


Video yang mengejutkan yang mendedahkan bagaimana keluarga ini melayan "Craig Kinsella" yang memaksa beliau untuk hidup ' seperti hamba ' di garaj mereka.

Pemilik perniagaan Ais krim David Rooke , 44 , isterinya Donna , 40 , dan anak lelaki beliau yang berusia 19 tahun Jamie , melayan Kinsella ' seperti anjing ' di rumah mereka Sheffield .

Encik Rooke dihukum penjara enam tahun setengah selepas mengakui memenjarakan dan menyerang Kinsella .Isterinya dihukum penjara empat bulan , manakala anak remaja pasangan itu telah dijatuhi hukuman empat tahun penjara .

Kinsella sering di pukul dan dipaksa bekerja tanpa gaji . Pekara ini didedahkan oleh polis pada Julai tahun lepas, mangsa begitu takut menyebabkan beliau bekerja dari jam 7.30 pagi hingga tengah malam membersihkan taman dan van , tidak menerima gaji sebagai balasan.






Tag : , , , , ,

Video Remaja Menyundal Di Hotel Tersebar Luas



Sebuah klip video selama 5 minit 28 saat yang memperlihatkan satu pasangan remaja Melayu melakukan hubungan seks di sebuah hotel kini tersebar di beberapa lama web lucah popular.

Pasangan berkenaan didakwa pihak yang memuat naik video berkenaan sebagai baru sahaja pulang dari bergembira di kelab malam.

Tidak tahulah mereka pasangan suami isteri atau apa… kalau bukan maknanya berzina…dan itu sudah satu hal…ditambah lagi dengan kebodohan merakamkan aksi yang tidak sepatutnya.

Ini bukan kali pertama dan seolah-olah semakin menjadi satu perkara yang macam diterima di negara ini.

Kalau dahulu benda macam ini bukan main kecoh, namun sekarang orang acuh tak acuh.

Artis yang pernah terbabit dalam aksi yang tidak sepatutnya dirakam pun kembali berlakon dengan muka tembok. Macam tidak ada apa-apa yang berlaku.

Rasanya, tak lama lagi akan jadi semacam kebangaan pulak kot kalau dapat rakam aksi seks dan sebarkan kepada orang ramai… glamour tak bertempat.



Sumber: http://mynewshub.my/
Tag : , , , , ,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PERINGATAN: HabisMasa tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
 
© Realiti Dan Fantasi Informasi | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO