Showing posts with label Perkongsian. Show all posts
Showing posts with label Perkongsian. Show all posts

Akibat Fotokopi Gambar Punggung

on Friday, May 2, 2014




DALAM dunia ini, memang ramai manusia yang berperangai pelik.

Rakaman menerusi kamera pengawasan ini adalah antara contoh mereka yang suka melakukan perbuatan yang tidak masuk akal sehingga menyusahkan diri sendiri.

Entah apa motifnya, lelaki ini cuba membuat salinan gambar punggungnya menerusi mesin fotokopi ini.

Malangnya, skrin mesin tersebut pecah selepas dia bertindak duduk di atasnya.

Tak tahulah sejauh mana kecederaan yang dialaminya, tetapi apa yang lebih penting, apa jawapannya kepada majikan dan rakan sekerjanya?

Saksikan video dibawah




 


Sumber
Tag : , , , ,

Badan Lelaki Menyerupai Sotong

on Monday, January 13, 2014



Setiap manusia ingin dilahirkan dengan cukup segala sifat dan anggota fizikal sebagaimana ciptaan terbaik dari Tuhan untuk dinikmati dan disyukuri oleh semua manusia.
Namun, berbeza dengan seorang lelaki dari Filipina, Rudy Santos, 55 yang diberi gelaran sebagai ‘Lelaki Sotong’ atau Octoman oleh masyarakat seluruh dunia kerana kecacatan yang dia miliki sejak dari lahir lagi.
Rudy dilahirkan dengan fizikal yang berbeza di mana dia mempunyai empat lengan dan tiga kaki yang melekat kukuh di hadapan badannya dari paras perut hingga ke pinggang.
Meskipun dia mempunyai fizikal yang berbeza dengan orang lain, Rudy langsung tidak berasa itu sebagai kekurangan dirinya.
Sebaliknya, kecacatan kekal itu menjadikan Rudy terkenal khususnya di Filipina apabila dia melibatkan diri dalam pertunjukkan sarkas sejak dari zaman remaja lagi untuk menampung perbelanjaan keluarganya.
Biarpun masyarakat sekeliling memandang pelik dengan fizikal badannya, Rudy tetap berusaha dan gigih untuk berkerja demi mendapatkan kewangan yang tetap untuk menampung kehidupan dan perbelanjaan sekolah adik-adiknya.
Segala jerit perih yang dilalui oleh Rudy akhirnya terbalas apabila dia sekarang ini ditanggung sepenuhnya oleh adik-adiknya termasuklah bantuan kewangan untuk kos perubatan diri sendiri.
Kini, Rudy masih lagi tinggal bersama ahli keluarga dan adik-adiknya dan masanya banyak dihabiskan dengan berkongsi segala kekuatan dan kesusahan yang dia tempuhi.
Bercakap mengenai kesihatannya, Rudy yang pernah mendapatkan rawatan lanjut dengan doktor pakar mengenai kecacatan itu menemui jalan buntu.
Doktor pakar tersebut tidak berani untuk mengambil risiko melakukan pembedahan membuang ketumbuhan atau anggota tambahan di badan Rudy memandangkan anggota-anggota itu bercantum dengan organ-organ dalamannya dan mampu membahayakan nyawa lelaki itu.
Malah, kos pembedahan untuk membuang kecacatan itu juga terlalu tinggi dan tidak mampu ditanggung oleh Rudy.
Pun begitu, Rudy pasrah dengan nasib yang menimpa dirinya dan terus berusaha untuk meneruskan sisa hidup yang tinggal.

Tag : , , , ,

Pelik! Ikan Menyerupai Naga Sepanjang 4 meter

on Sunday, January 12, 2014

Nelayan dan pembeli di jeti Kuala Kerteh di sini gempar apabila seorang nelayan membawa pulang seekor ikan aneh menyerupai naga, pagi semalam.


Ikan ganjil itu mempunyai sesungut panjang berwarna merah di kepala dan bawah mulut serta berduri di bahagian bawah badan, dengan ukuran empat meter panjang dengan berat mencecah sembilan kilogram.








“Saya terkejut melihat ikan itu, kepalanya mirip naga, badan berwarna putih dengan kulitnya keras tetapi tidak bersisik, ikan ini juga memiliki sirip berwarna merah,” kata pembuat minyak urut, Othman Abu Bakar, 63.


Othman yang berasal dari Kampung Telaga Papan, dekat sini, berkata, dia yang berada di jeti sewaktu nelayan pulang menangkap ikan kira-kira jam 11 pagi terus menyuarakan hasrat untuk membeli ikan itu kerana melihat keunikannya apatah lagi sepanjang hidupnya dia tidak pernah melihat spesies ikan sedemikian.

Othman kemudiannya menyuarakan hasrat membeli ikan aneh itu daripada pemiliknya yang merupakan pemuda dari Kampung Rasau.

“Saya beli kerana ingin tunjukkan kepada penduduk kampung. Sebaik saya membawa pulang ikan ini, ramai jiran tetangga berkunjung ke rumah melihatkan ikan pelik itu.

“Mereka tidak pernah melihat ikan seperti itu walaupun sudah lama tinggal di Kampung Telaga Papan yang terkenal dengan kawasan penangkapan dan pendaratan ikan,” katanya.

Ditanya mengenai harga ikan tersebut, Othman enggan memberitahu walaupun dipujuk beberapa kali.

Katanya, walaupun ketika dinaikkan ke darat kepala ikan itu sudah hancur tetapi ciri-ciri pada badannya jelas kelihatan seperti seekor naga.

“Kepala ikan hancur mungkin kerana tersangkut pada pukat digunakan nelayan,” katanya.

Othman bagaimanapun tidak berhasrat untuk memakan ikan itu, tetapi akan mengeringkannya untuk dijadikan ramuan bagi menghasilkan minyak urut

Tag : , , ,

Lelaki Jadi Hamba Keluarga Syaitan

on Saturday, January 11, 2014


Video yang mengejutkan yang mendedahkan bagaimana keluarga ini melayan "Craig Kinsella" yang memaksa beliau untuk hidup ' seperti hamba ' di garaj mereka.

Pemilik perniagaan Ais krim David Rooke , 44 , isterinya Donna , 40 , dan anak lelaki beliau yang berusia 19 tahun Jamie , melayan Kinsella ' seperti anjing ' di rumah mereka Sheffield .

Encik Rooke dihukum penjara enam tahun setengah selepas mengakui memenjarakan dan menyerang Kinsella .Isterinya dihukum penjara empat bulan , manakala anak remaja pasangan itu telah dijatuhi hukuman empat tahun penjara .

Kinsella sering di pukul dan dipaksa bekerja tanpa gaji . Pekara ini didedahkan oleh polis pada Julai tahun lepas, mangsa begitu takut menyebabkan beliau bekerja dari jam 7.30 pagi hingga tengah malam membersihkan taman dan van , tidak menerima gaji sebagai balasan.






Tag : , , , , ,

Ibu Tiri Dera Anak Perempuannya, Sumbat Lada Dalam Mulut, Kemaluan!

on Wednesday, January 8, 2014


KAJANG: Seorang ibu tiri sanggup mendera anak perempuannya, 11, dengan memasukkan cili yang ditumbuk lumat sebelum memasukkan ke dalam kemaluan dan mulut mangsa dalam kejadian di Tasik Kesuma, Beranang pagi Sabtu lalu.


Dalam kejadian jam 10 pagi itu, perbuatan kejam ibu tiri, 31, terbabit turut disaksikan dua beradik serta nenek mangsa yang sudah uzur namun mereka tidak mampu berbuat apa-apa.



Difahamkan ketika kejadian bapa mangsa tiada di rumah kerana urusan kerja.


Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, hasil pemeriksaan mendapati ibu tiri mangsa pernah mendera mangsa sejak setahun lalu dengan menekap sudu panas ke badan mangsa sehingga meninggalkan kesan parut.



"Tidak tahan dengan perbuatan ibu tirinya itu, mangsa kemudian nekad pergi ke rumah ibu saudara yang tinggal di kawasan berhampiran dan menceritakan kejadian yang dialami sebelum bertindak membuat laporan polis sebelum suspek ditahan jam 4 petang pada hari yang sama," katanya pada sidang media di sini.


Beliau berkata, suspek berusia 31 tahun itu ditahan reman selama tiga hari bermula hari tangkapan dan dilanjutkan sehingga Khamis ini.

Sumber
Tag : , , , , ,

Bayi Lahir Dengan 2 Muka Di Islamabad

on Tuesday, January 7, 2014



Islamabad: Bayi yang lahir di Pakistan, Jumaat (27/9) lalu amat berbeza dengan bayi pada umumnya. Zeenews memberitakan bayi kecil tersebut lahir dari rahim ibunya, Syahidah Perveen (30) dan satu tubuh dan bermuka dua dan telinganya masing-masing satu.

Jurucakap rumah sakit tempat Syahidah melahirkan mengatakan, bahawa setelah bayi unik tersebut dilahirkan banyak orang berupaya untuk menyaksikan sendiri bayi tersebut. Keadaan organ tubuh ganda pada satu tubuh ini dikenali dengan istilah perubatan craniofacial. Dalam keadaan seperti ini, nafas anak tak teratur dan daya tahan hidupnya tipis.

Kelainan ini terjadi kerana masalah genetik akibat pernikahan pasangan yang masih mempunyai hubungan darah dan perkahwinan incest. Dr Ahmed menyarankan agar pasangan suami isteri berunding dengan doktor sebelum memutuskan untuk memiliki anak. Ini dilakukan untuk mengelakkan kejadian serupa.


sumber
Tag : , , , ,

Remaja Umur 17 Tahun Memadu Asmara Dalam Semak

on Sunday, January 5, 2014

Remaja terlibat memberi pelbagai alasan apabila polis meminta mereka menghubungi keluarga.

KULIM - Hasrat sepasang kekasih berusia 17 tahun untuk memadu kasih di kawasan semak berhampiran Jana kuasa TNB di sebuah taman perumahan di sini tidak kesampaian apabila aktiviti mereka berjaya dihidu polis yang sedang membuat rondaan pencegahan jenayah, kira-kira jam 4.30 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, pihaknya curiga apabila ternampak sebuah motosikal diletakkan berhadapan jana kuasa itu.

“Setelah mengepung kawasan belukar itu, kami ternampak seorang remaja lelaki keluar dari belakang semak dan beberapa minit kemudian seorang remaja perempuan  pula keluar dari tempat sama.

"Siasatan mendapati mereka masih bersekolah dan memberikan alasan berbincang tentang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan diduduki,” katanya kepada Sinar Harian.

Ghuzlan berkata, sepanjang ditahan, pelajar perempuan menunjukkan reaksi agresif seperti menangis, ingin mencederakan dirinya sendiri selain berpura-pura hendak pengsan.

Katanya, bagaimanapun setalah dimaklumkan kepada pasangan itu bahawa polis akan menghubungi kedua-dua keluarga remaja terlibat, keadaan mula terkawal.

"Kedua-dua remaja itu kemudiannya diserahkan kepada keluarga masing-masing," katanya.- Sinar Harian

sumber
Tag : , , , ,

Alasan Negara Angola Haramkan Islam

on Saturday, January 4, 2014

Angola, negara yang pertama didunia yang mengharamkan agama islam di negara tersebut mengundang kritikan dunia selepas kebanyakan media antarabangsa melaporkan negara itu mengambil keputusan mengharamkan Islam. 


Jika benar, maka negara tersebut menjadi negara pertama di dunia memutuskan untuk melarang perkembangan agama Islam dan komuniti Muslim di negara tersebut.

Bagaimana kerajaan Angola berani mengambil keputusan luar biasa dan boleh mengharamkan agama kedua terbesar dunia di zaman moden ini?

Selepas laporan itu tersebar, kerajaan mengeluarkan kenyataan negaranya tidak mengharamkan Islam tetapi belum mengharamkannya. Walaupun fakta itu mampu diputar belit namun secara logiknya, negara itu kini menjurus untuk mengurangkan pengaruh Islam. Ianya terbukti selepas lebih 60 masjid dirobohkan dan ratusan al-Quran dibakar.

Kenyataan presiden, menteri



Presiden Jose Edurado dos Santos berkata, ini adalah tahun terakhir pengaruh Islam di negaranya.


“Islam perlu diharamkan kerana hanya terdapat satu peratus daripada 19 juta penduduk. Perkara ini sama seperti 194 mazhab lain yang telah diharamkan sebelum ini,” katanya.

Menteri Kebudayaan Rosa Cruz e Silva pula berkata, masjid-masjid di negara ini sebahagian besarnya akan ditutup sehingga diberitahu kelak.

Beliau menyifatkan Islam sebagai ‘mazhab’ yang akan diharamkan kerana bertentangan dengan adat dan budaya Angola.

“Amalan Islam belum diluluskan Kementerian Kehakiman dan Hak Asasi Manusia dan masjid akan ditutup,” katanya.

Pengarah Kementerian Institut Kebangsaan Kebudayaan Hal Ehwal Agama Angola, Manuel Fernando bagaimanapun menafikan dakwaan itu.

“Tiada peperangan di Angola terhadap Islam atau mana-mana agama lain. Tiada keputusan rasmi menyasarkan kemusnahan atau penutupan tempat ibadat dari mana-mana agama sekalipun,” katanya.

Seorang duta Angola di Washington baru-baru ini turut menyangkal dakwaan amalan diskriminasi agama yang diamalkan di Angola.

Kenyataan ICA

Persatuan Masyarakat Islam Angola (ICA) melaporkan dalam satu kenyataan, umat Islam tidak boleh mengamalkan agama mereka secara bebas.

Masjid, sekolah dan pusat komuniti Islam ditutup atau dirobohkan. Setakat ini, 78 masjid di Angola, kecuali di Luanda, telah ditutup.

Laporan turut menyebut majoriti rakyat Angola terdiri daripada Roman Katolik dan mazhab Kristian yang lain melihat Islam sebagai negatif.

Islam diisytiharkan sebagai ‘tidak diundang’ di Angola, dengan kata lain Islam dianggap tidak memenuhi nilai-nilai penduduk Angola.

Terdapat wanita Islam dipukul kerana mereka memakai hijab sehingga mereka takut keluar rumah,” menurut laporan itu.

Jelas daripada laporan ini, kebebasan agama Islam di Angola sedang dicabuli. Mereka tidak mampu untuk mengamalkan tuntutan agama tanpa campur tangan kerajaan.

Seorang ahli masjid yang dirahsiakan namanya berkata, pihak berkuasa wilayah Huambo, selatan Angola diarahkan tutup sebuah masjid serta-merta dan ini merupakan masjid ke-60 yang ditutup di Angola.“Kami berasa marah dengan penutupan tempat-tempat ibadat ini,” katanya.

Sementara itu, Mufti Mesir Shaqi Allam dalam satu kenyataan berkata, tindakan ini merupakan satu bentuk penganiayaan anti-Islam.

“Mereka bukan sahaja mencetuskan provokasi umat Islam Angola, malah kepada lebih daripada 1.5 bilion umat Islam di seluruh dunia,” katanya.

Perlembagaan

Islam pada hakikatnya tidak diiktiraf oleh Angola. Mengikut Perlembagaan negara itu, sesebuah pertubuhan agama perlu memohon pengiktirafan oleh kerajaan jika ingin menjalankan amalan dan aktiviti keagamaan. Status ini sekali gus membolehkan sesebuah agama itu membina sekolah dan tempat ibadat.

Perlembagaan Angola menetapkan, sebuah kumpulan agama mesti mempunyai 100,000 ahli dan perlu ada di 12 daripada 18 wilayah.

Bagaimanapun, mengikut laporan audit negara itu, hanya terdapat kira-kira 90,000 umat Islam daripada jumlah penduduk 19 juta orang. Maka itu, mereka gagal memenuhi syarat tersebut menyebabkan agama Islam tidak diiktiraf.

Apa juga kemelut atau pendedahan, persoalannya terdapat dua kenyataan bercanggah. Apakah benar ajaran Islam diharamkan atau ianya sekadar tidak diiktiraf di Angola kerana pengamalnya hanya penduduk minoriti. - sumber
Tag : , , , ,

8 Bulan Wanita Tidur Bersama Mayat Ibu


Munich: Seorang wanita yang kesedihan tidur bersebelahan mayat ibunya selama lapan bulan di flet satu bilik kediaman mereka kerana tidak mampu mengebumikannya.Kisah mengejutkan itu terbongkar selepas seorang pegawai dihantar ke rumah berkenaan di Munich untuk menuntut hutang pesara berusia 70 tahun itu.

Dia menemui mayat reput wanita itu di atas katil.Menyedihkan lagi apabila anak perempuannya yang hidup dengan bergantung kepada bantuan kerana menganggur tidak menyedari dia mungkin ditangkap kerana tidak mengebumikan ibunya, kata polis.



Di Jerman, mereka yang tidak mampu membayar upacara pengebumian boleh memohon bantuan sebanyak 3,200 euro (RM12,834) daripada kerajaan untuk menampung kos itu.

Wanita berusia 39 tahun itu dimasukkan ke pusat psikiatrik atas permintaannya.
Polis mula menyiasat sama ada dia menuntut wang pencen ibunya kerana menyimpan mayat ibunya di rumah.


Warga emas terbabit meninggal Julai tahun lalu dan meninggalkan anak perempuannya dengan jumlah hutang yang banyak. Kerana tidak mampu menerima hakikat kematian ibunya dan beban hutang ditanggung, dia merahsiakan kematian wanita tua itu. - Agensi

Tag : , , ,

Rakaman CCTV Jin Jilat Makanan Kini Mula Tersebar Luas

on Friday, January 3, 2014


Tak dapat dipastikan apakah objek hitam yang berterbangan dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) ini yang kini menjadi viral di laman Facebook.

Menerusi video berdurasi 40 saat itu dapat dilihat objek itu pergi ke arah meja makan dan kemudiannya menjilat makanan yang terdedah di situ.

Memetik komen yang ada di status itu, memang terdapat kebenaran daripada ulama yang makanan dibiarkan terdedah akan dijilat oleh jin.




Sebab itulah, segala makanan harus disimpan dengan sebaik mungkin dalam bekas tertutup atau pun ditutupi dengan tudung saji.

Ini sekali gus menghindarkan lalat dan serangga daripada menghinggapi makanan dan mengelakkan makanan itu daripada tercemar.

Sumber
Tag : , ,

Pelik Tapi Benar : Gadis Mengandung Selepas Pinjam Selimut Adik

on Thursday, January 2, 2014

Pelik Tapi Benar : Gadis Mengandung Selepas Pinjam Selimut Adik

Berita yang sangat memeranjatkan dan menjadikan keluarga ini kecoh huru hara gara gara anak gadis nya yang berusia 17 tahun mengandung secara mengejut.Puas mendesak anaknya bagaimana perkara ini boleh berlaku,adakah ianya akibat perbuatan zina.Apa yag difahamkan kejadian pelik ini berlaku gara gara selepas meminjam selimut adik lelakinya dan didapati pada selimut itu terdapat sperma hidup.

Nota : huh senang betul sekarang nie nak hamil..just guna selimut jer..hehe


Tag : , , , , , , ,

Fakta : Negara-Negara Yang Telah Lenyap Dari Muka Bumi

on Wednesday, January 1, 2014

Fakta : Negara-Negara Yang Telah Lenyap Dari Muka Bumi
Setelah adanya penggabungan / pemisahan dan juga penukaran nama , banyak negara yang ada diantaranya sangat dikenali umum, telah hilang atau lenyap dari peta dunia . Senarai yang di sertakan ni bukanlah yang lengkap dan muktamad tapi masih lagi tepat sebagai rujukan tentang negara yang telah tiada .
Abyssinia
Nama lama bagi Ethiopia sehingga awal abad ke 2

Austria – Hungary
Sebuah kerajaan monarki ( juga dikenali sebagai Empayar Austro-Hungarian ), yang ditubuhkan pada tahun 1867 yang merangkumi kawasan ( pada hari ini )Austria, Hungary, Poland, sebahagian Czech Republic, Itali, Romania dan beberapa negaraBalkan . Empayar ini telah runtuh pada hujung Perang Dunia Yang Pertama .

Basutoland
Bertukar menjadi Lesotho pada tahun 1966

Bengal
Sebuah kerajaan yang merdeka dari tahun 1338 sehingga 1539 . Sekarang ini merupakan sebahagian dari negara Bangladesh dan India .

Burma
Nama nya telah ditukar secara rasmi kepada Myanmar pada tahun 1989 namun banyak negara/individu yang tidak menyedari perubahan ini dan masih mengenalinya sebagai Burma .

Catalonia
Sebelumnya adalah sebuah negara autonomi di Sepanyol . Pernah mendapatkan kemerdekaan dari 1932 – 1939 sebelum kembali menjadi daerah di negara tersebut .

Ceylon
Menukar nama menjadi Sri Lanka pada tahun 1972

Champa
Terletak di bahagian tengah dan selatan Vietnam hari ini . Merupakan sebuah kerajaan dari abad ke 7 sehingga ia runtuh pada 1832.

Corsica
Pulau Mediterranean ini pernah diperintah oleh beberapa kuasa besar dan juga pernah beberapa kali mendapatkan kemerdekaannya . Pada hari ini , ia termasuk dalam negara Perancis .

Czechoslovakia
Berpecah secara aman pada tahun 1993 menjadi negara Slovakia danCzech Republic.

Jerman Timur & Jerman Barat
Bergabung pada tahun 1989 dan membentuk Kesatuan Jerman .

Pakistan Timur
Memisahkan diri dari Pakistan pada tahun 1972 dan membentuk Bangladesh.

Gran Colombia
Sebuah negara di Amerika Selatan dari 1819 sehingga 1930 yang pada hari ini membentuk Colombia, Panama, Venezuela dan Equador . Negara Gran Colombia berpecah apabila Venezuela dan Equador memutuskan untuk keluar dari penyatuan.

Hawaii
Walaupun mempunyai kerajaan selama beratus ratus tahun, Hawaii tidak pernah diiktiraf sebagai sebuah negara merdeka sehingga 1840. Setelah merasai kemerdekaan selama 58 tahun, akhirnya Hawaii menyertai United States Of America pada 1898.

New Granada
Merupakan sebahagian dari Gran Colombia dari 1819-1830, negara ini mendapatkan kemerdekaan pada tahun1830 sehingga 1858. Kemudian negara ini dikenali sebagai nama Grenadine Confederation (1858), United States Of New Granada (1861), United States Of Colombia (1863) dan akhirnya Republic Of Colombia (1886-sehingga sekarang)

Yaman Utara & Yaman Selatan
Yaman berpecah pada tahun 1967 dan membentuk 2 negara iaitu Yaman Utara ( Dikenali Sebagai Republik Arab Yaman ) dan Yaman Selatan ( Dikenali sebagai Republik Demokratik Rakyat Yaman ) sebelum kembali bersatu pada 1990 dan kembali menjadi Yaman.

Empayar Uthmaniyyah
Juga dikenali sebagai Empayar Turki, bermula dari tahun 1300 merangkumi kawasan selatan Russia, Turki, Hungary, Sebahagian Negara Balkan, Afrika Utaradan juga Timur Tengah . Empayar ini runtuh pada 1932.

Persia
Empayar Persia mengunjur dari Laut Mediterranean sehingga ke benua kecil India . Persia Moden telah ditubuhkan pada abad ke 16 dan semakin mengecil sehingga dikenali sebagai Iran pada hari ini .

Prussia
Menjadi koloni Belanda pada tahun 1660, dan bertukar menjadi kerajaan pada kurun selepasnya. Pada zaman kegemilangannya, ia merangkumi 2/3 negara Jerman dan wilayah barat Poland . Menjadi wilayah Jerman pada Perang Dunia Ke 2 dan terus dimansuhkan selepas itu .

Rhodesia
Bertukar nama pada tahun 1980 menjadi Zimbabwe .

Siam
Menjadi Thailand pada tahun 1939.

Sikkim
Sekarang ini merupakan daerah utara India . Sikkim merupakan sebuah kerajaan merdeka sejak dari kurun ke 17 sehingga 1975.

Vietnam Selatan
Wujud sekitar 1954 – 1976 sebagai wilayah anti komunis . Menyertai semula Vietnam selepas itu .


Southwest Afrika
Memperolehi kemerdekan pada tahun 1990 dan menukar nama menjadi Namibia.

Taiwan
Walaupun Taiwan masih wujud sehingga ke hari ini , ia masih dalam tuntutan negara China dan banyak negara masih belum mengiktiraf Taiwan sebagai negara merdeka . Taiwan adalah ibunegara yang pernah mewakili China ke Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu sehingga 1971.

Tanganyika dan Zanziba
2 buah negara ini bergabung pada tahun 1964 dan membentuk Tanzania.

Texas
Republic Of Texas mendapat kemerdekaannya dari Mexico pada 1836 dan kekal sebagai sebuah negara selama 9 tahun sebelum menyertai United States pada tahun 1845.

Tibet
Tibet merupakan sebuah kerajaan sejak dari abad ke 7 sebelum dijajah oleh China pada tahun 1950. Kini ia merupakan sebuah wilayah autonomi China yang dikenali sebagai Xi Zang

Transjordan
Menjadi Kerajaan Jordan pada tahun 1946

USSR
Kesatuan Soviet telah berpecah kepada 15 negara pada 1991 iaitu Armenia, Azerbaijan, Belarus, Estonia, Georgia, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Latvia, Lithuania, Moldovia, Russia, Tajikistan, Turkmenistan, Ukraine dan Uzbekistan.

Urjanchai Republic
Terletak di Selatan Tengah Russia, menjadi negara hanya selama 2 tahun iaitu dari 1912-1914, sebelum kembali menjadi wilayah dalam Russia .

Vermont
Pada 1777, Vermont mengisytiharkan kemerdekaan dan kekal sebagai sebuah negara sehingga 1791. Menjadi negara pertama yang menyertai United States selepas penyatuan 13 koloni awal.

West Florida
Menjadi Republik dengan dianggotai Sebahagian Florida, Mississippi dan Lousiana pada 1810 , namun kemerdekaan mereka hanya bertahan selama 90 hari.

Western Samoa
Menjadi Samoa pada 1998.

Yugoslavia
Berpecah akibat dari perang etnik pada 1990 dan membentuk negara negara Bosnia, Croatia, Macedonia, Serbia & Montenegro dan Slovenia.

Zaire
Menukar nama menjadi Democratic Republic Of Congo pada tahun 1997.

Sumber : Here
Tag : , , , ,

9 Gambar Adik Anzalna Nasir Bersosial

on Sunday, December 29, 2013


Mia Nasir, adik kepada Anzalna Nasir, pelakon yang popular melalui drama bersiri Adam & Hawa telah dilihat bersosial dengan kawan-kawannya.Bila tergolong dalam kategori artis atau pun keluarga artis sudah pasti segala perlakuan yang dilakukan akan diperhatikan oleh umum.

Jika orang biasa yang tidak dikenali buat la kontroversi macamana pun tak de siapa yang ambil peduli...hehehe

Lagi 8 Gambar dibawah










Tag : , , , , ,

Gadis Cantik Ketagihan Dadah Dan Menghancurkan Dirinya

on Saturday, December 28, 2013

Gadis Cantik Ketagihan Dadah Dan Menghancurkan Dirinya...Lihat 11 Gambar dibawah ini...











Ini adalah akibat yang sangat mengerikan daripada orang yang ketagihan dadah. Untuk mendapatkan penyelesaian sementara dari tuntutan penagihan dadah yang perlu di penuhi, seorang penagih dadah sering menyayat bahagian tubuhnya untuk menghisap darahnya sendiri. Ketagihan adalah sebuah perasaan yang menuntut untuk harus dipenuhinya sebuah keinginan. Kaitannya dengan penagihan dadah maka penyelesaian pertama ketika penagih tidak dapat membeli dadah penyelesaian tercepatnya adalah menghisap darah sendiri yang memang darahnya sudah mengandungi ubat-ubat terlarang tersebut. Sebuah langkah salah yang harus di bayar mahal.

Gambar-gambar di atas menunjukkan betapa teruk ketika orang sudah mempunyai kebergantungan terhadap bahan psikotropika tersebut. Lihatlah bekas luka hirisan lama dan sayatan baru yang masih menitis darahnya. Jika sudah berlaku demikian maka berbagai macam penyakit akan datang kepada penagih tersebut, lebih-lebih jangkitan yang akan dia derita.

Tag : , , ,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PERINGATAN: HabisMasa tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
 
© Realiti Dan Fantasi Informasi | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO