Remaja Umur 17 Tahun Memadu Asmara Dalam Semak

on Sunday, January 5, 2014

Remaja terlibat memberi pelbagai alasan apabila polis meminta mereka menghubungi keluarga.

KULIM - Hasrat sepasang kekasih berusia 17 tahun untuk memadu kasih di kawasan semak berhampiran Jana kuasa TNB di sebuah taman perumahan di sini tidak kesampaian apabila aktiviti mereka berjaya dihidu polis yang sedang membuat rondaan pencegahan jenayah, kira-kira jam 4.30 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, pihaknya curiga apabila ternampak sebuah motosikal diletakkan berhadapan jana kuasa itu.

“Setelah mengepung kawasan belukar itu, kami ternampak seorang remaja lelaki keluar dari belakang semak dan beberapa minit kemudian seorang remaja perempuan  pula keluar dari tempat sama.

"Siasatan mendapati mereka masih bersekolah dan memberikan alasan berbincang tentang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan diduduki,” katanya kepada Sinar Harian.

Ghuzlan berkata, sepanjang ditahan, pelajar perempuan menunjukkan reaksi agresif seperti menangis, ingin mencederakan dirinya sendiri selain berpura-pura hendak pengsan.

Katanya, bagaimanapun setalah dimaklumkan kepada pasangan itu bahawa polis akan menghubungi kedua-dua keluarga remaja terlibat, keadaan mula terkawal.

"Kedua-dua remaja itu kemudiannya diserahkan kepada keluarga masing-masing," katanya.- Sinar Harian

sumber
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PERINGATAN: HabisMasa tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
 
© Realiti Dan Fantasi Informasi | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO