Showing posts with label cerita. Show all posts
Showing posts with label cerita. Show all posts

Remaja Umur 17 Tahun Memadu Asmara Dalam Semak

on Sunday, January 5, 2014

Remaja terlibat memberi pelbagai alasan apabila polis meminta mereka menghubungi keluarga.

KULIM - Hasrat sepasang kekasih berusia 17 tahun untuk memadu kasih di kawasan semak berhampiran Jana kuasa TNB di sebuah taman perumahan di sini tidak kesampaian apabila aktiviti mereka berjaya dihidu polis yang sedang membuat rondaan pencegahan jenayah, kira-kira jam 4.30 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, pihaknya curiga apabila ternampak sebuah motosikal diletakkan berhadapan jana kuasa itu.

“Setelah mengepung kawasan belukar itu, kami ternampak seorang remaja lelaki keluar dari belakang semak dan beberapa minit kemudian seorang remaja perempuan  pula keluar dari tempat sama.

"Siasatan mendapati mereka masih bersekolah dan memberikan alasan berbincang tentang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan diduduki,” katanya kepada Sinar Harian.

Ghuzlan berkata, sepanjang ditahan, pelajar perempuan menunjukkan reaksi agresif seperti menangis, ingin mencederakan dirinya sendiri selain berpura-pura hendak pengsan.

Katanya, bagaimanapun setalah dimaklumkan kepada pasangan itu bahawa polis akan menghubungi kedua-dua keluarga remaja terlibat, keadaan mula terkawal.

"Kedua-dua remaja itu kemudiannya diserahkan kepada keluarga masing-masing," katanya.- Sinar Harian

sumber
Tag : , , , ,

Tembok Pemisah Israel-Palestin Yang Dirahsiakan

on Friday, December 27, 2013

Pada tahun 2005, Israel telah membina sebuah tembok di daerah yang ternyata jelas bukan wilayahnya. (Jika kita mengaku ia ada wilayah).dua kali ganda ketinggian tembok Berlindan sepanjang 730 km. Ia memisahkan 90,000 populasi Palestin dibahagian Barat dan 42,000 orang dibahagian Timur. Lebih setengah juta orang Islam menerima kesan yang teruk akibat tembok ini.


Dengan pembinaan tembok haram ini, ternyata jelas Israel telah mengulangi sejarah kekejaman Nazi ketika perang dunia ketiga. Ketika itu orang-orang Yahudi dikurung dalam Ghetto. Ghetto adalah satu kawasan di mana orang-orang Yahudi dikurung dan pergerakan mereka terkawal sebelum dibunuh.

Tembok pemisah yang dibina oleh pengganas Zionis-Israel ini menelan belanja yang sangat besar dan tidak pernah diumumkan kosnya. Kos pembaikan kerosakan sepanjang 1 kilometer sahaja, menelan belanja US$4.7 juta. Namun orang-orang Yahudi ditakdirkan akan menerima nasib seperti yang telah diberitahu oleh Rasulullah. Mungkin inilah tembok batu yang dimaksudkan oleh Rasullullah dalam Hadis tersebut ialah batu tembok pemisah Israel – Palestin ini?


”Mereka tidak akan memerangi kamu dalam keadaan bersatu padu, kecuali dalam kampung-kampung yang terbentang atau di sebalik tembok” ( al-Hasyr : 14 )

Tengok Gambar Tembok Pemisah Israel-Palestin yang lain kat bawah.

Umat Islam yang beriman tidak perlu gusar dengan tembok dan pohon Gharqad ini kerana kewujudannya adalah petanda ketibaan saat kemusnahan orang-orang Yahudi. Penghijrahan orang-orang Yahudi dari seluruh pelusuk dunia ke tanah Palestin sangat-sangat dialukan walaupun ia menuntut pengorbanan yang sangat besar. Percaya dan yakinlah dengan janji Allah, saat-saat kemusnahan Yahudi hampir tiba.
Tag : , , , ,

Pesanan Terakhir Arwah Suruh Baca SMS Sebelum Meninggal

on Wednesday, December 18, 2013

Arwah Pesan Suruh Baca SMS Sebelum Keluar Rumah. Seorang lelaki ditemui mati lemas di sungai berhampiran rumahnya di Kampung Bangsal Lebah, Kayang
KANGAR – Seorang lelaki ditemui mati lemas di sungai berhampiran rumahnya di Kampung Bangsal Lebah, Kayang, petang kelmarin.
Mohd Zairil Affendi Ariffin, 23, ditemui terapung di sungai itu kira-kira jam 6.45 petang oleh abangnya Mohd Zaiful Anuar, 27, yang keluar mencarinya selepas dia tidak pulang setelah keluar pada petang Ahad.
Menurut adik bongsunya Zuryani, 21, abangnya itu mula berkelakuan aneh sejak dua tahun lalu selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya.
“Abang saya mula bersikap murung dan sedih selepas kemalangan itu yang hampir meragut nyawanya dan baru-baru ini, dia pernah dimasukkan ke Wad Psikiatri Hospital Tuanku Fauziah (HTF).
“Tapi sebelum dia keluar rumah petang kelmarin (Ahad), dia ada pesan saya supaya membaca khidmat pesanan ringkas (SMS) dalam telefon bimbitnya jika dia tidak pulang ke rumah,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik di sini semalam..
Ujar Zuryani setelah abangnya tidak pulang pada malam itu barulah dia membaca SMS berkenaan.
“Saya terkejut membaca SMS itu yang menggambarkan dia akan pergi buat selama-lamanya, selepas itu saya terus memberitahu abang Zaiful supaya mencari Mohd Zaiful.
“Abang saya pergi mencarinya di sekitar kampung sehingga lewat malam sebelum meneruskan usaha mencari bersama sepupu kami pagi kelmarin, sehinggalah dia ditemui pada sebelah petang,” tambahnya.
Sementara itu, Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar berkata, laporan bedah siasat mengesahkan mangsa mati akibat lemas dan pihaknya mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kematian mengejut.

SUMBER
Tag : , , , ,

Mayat Polis Melayu Di Azab Kerana Bertatoo Salib

NGERI!!! Mayat Polis Melayu Di Azab Kerana Bertatoo Salib | Seorang hamba Allah, Amin (nama samaran) memandikan mayat seorang polis Melayu. Amin terperanjat bila mendapati terdapat tattoo berbentuk salib di dada mayat tersebut. Selesai dimandikan, mayat tersebut dikafan, disolatkan dan ditanam seperti mayat muslim yang lain.
Amin merasa tidak sedap hati dengan kejadian itu. Amin lalu bergegas ke pejabat agama berdekatan. Amin melaporkan kejadian yang dilihatnya yakni keadaan mayat yang mempunyai tattoo salib di dadanya.
gambar hiasan - image google
Pihak pejabat agama segera meminta agar kubur digali semula dan mayat harus dipindahkan dari perkuburan orang Islam. Kubur mayat polis Melayu itu segera digali semula yakni selang sejam atau beberapa jam selepas ia ditanam.
Alangkah terperanjatnya mereka bila melihat keadaan mayat yang mengerikan seolah-olah mayat tersebut sedang diazab. Mata yang terkeluar dan tulang-temulang yang patah bagai dihimpit kubur. Kisah di atas merupakan kisah benar berlaku di sebuah daerah di Kelantan.
Allah telah takdirkan peristiwa ini berlaku di hadapan kita agar dijadikan pedoman dan ingatan sepanjang masa. Allah tidak akan menimpa azab ke atas seseorang atau kaum kecuali didatangkan peringatan terlebih dahulu. Allah itu maha adil dan tidak menganiaya hamba-hambaNya kecuali hamba itu menzalimi diri sendiri. Cintai Allah, Cintai Islam.
“Ibnu Umar r.a berkata: Rasulullah s.a.w mengutuk wanita yang menyambung rambut seorang wanita dan wanita yang minta disambungkan rambutnya (yakni memakai rambut palsu), orang yang membuatkan tatoo dan orang yang meminta dibuatkan tatoo.” Hadis direkodkan oleh Imam Muslim.
Berdasarkan hadis ini, hukum bertatoo adalah haram dan berdosa besar. TETAPI ia tidak menyebabkan seseorang itu murtad. Namun dosa-dosa yang dikumpulkan boleh memudarkan iman dan akhirnya mendekatkan seseorang kepada murtad juga. Justeru penawarnya adalah taubat, menambah ilmu dan amal.
Tag : , , , ,

Haram Menikah Dengan Gadis Satu Kampung

on Monday, December 2, 2013


Haram Menikah Dengan Gadis Satu Kampung


JAKIM telah mengeluarkan fatwa baru.Setelah diadakan perbincangan dan diskusi di antara para pemimpin,JAKIM dan ahli ulama' memberikan fatwa pada tanggal 1 Disember tahun 2013:

"HARAM HUKUMNYA BAGI SEORANG MUSLIM LAKI-LAKI UNTUK MENIKAH DENGAN GADIS SATU KAMPUNG"

Fatwa JAKIM ini telah menimbulkan perdebatan dan bantahan yang sangat sengit antara yang pro dan kontra. Bahkan banyak pihak yang menyatakan bahawa JAKIM telah mengambil keputusan yang tidak munasabah dan terburu-buru. Wartawan Berita Harian telah meminta pegawai kanan JAKIM untuk memberi ulasan yang mendalam sebab sebab JAKIM mengeluarkan fatwa sedemikian. Inilah isi wawancara tersebut:

Wartawan: Bagaimana JAKIM boleh mengeluarkan fatwa haram untuk menikahi gadis satu kampung?

Pegawai Kanan: Bagaimana tidak haram, sedangkan menikahi empat orang wanita sahaja sudah berat, apalagi kalau menikahi 'satu kampung'...!!! Kau dah 'sasau apo haaa'?!

- mcm nie pun ada yerkkk -  mmmmmmmm
Tag : , , ,

Pemandangan Masjid Yang Sangat Indah Dan Cantik Dipuncak Gunung

on Friday, November 22, 2013

 Masjid yang di atas gunung ini adalah Masjid Al Khidhr (as).
Ianya terletak di atas gunung Nabi Khidhr di Qum-Iran.
Walaupun berada di atas gunung, masjid ini tidak asing bagi jemaah-jemaah islam yang sentiasa berkunjung dan menggunakan masjid ini seperti masjid-masjid yg lain.





sumber
Tag : , , ,

Gempar! Misteri 23 Budak Hilang Di Villa Nabilla Johor Bahru

on Sunday, November 17, 2013

Terkini Kejadian yang berlaku divilla kembali lagi dimana Kejadian Lama Sudah Berlaku Semula . Kecoh Di Villa Nabila Sebab kehilangan Budak yang memasuki villa itu untuk melihat sendiri misteri. Yang Masuk ke Dalam seramai 30 orang , Yg keluar hanya orang sahaja .. Yang 23 itu Semua Masih di dalam tetapi Semua di Kaburkan Jalan Keluar . Jalan Pintar Hanya Kpd Yg 7 orang tu . Masuk Lah kat dalam Dan Mntak Maaf kepada Penghuni Villa Itu .

Pihak polis dan bomba juga telah datang ke villa tersebut bagi membantu mencari lagi 23 orang yang hilang tetapi dikhabarkan ada diantara anggota mereka juga hilang.Kejadian ini berlaku pada hari sabtu 16/11/2013 dan sehingga kini masih belum dapat dikesan dan dicari budak yang hilang.

Sejauh mana kebenaranya misteri dan berita ini boleh lihat perkembangan selajutnya disini MISTERI VILLA NABILA



Tag : , , ,

Keseronokan Peluk Gadis Rupanya Terpeluk Nenek 70 Tahun

on Sunday, November 10, 2013



KULIM - Hendak melepas nafsu kepada cucu tetapi yang jadi mangsa, nenek.
Itulah yang berlaku dalam kejadian cubaan cabul di daerah ini kira-kira jam 6.30 pagi semalam.Dalam laporannya kepada polis, mangsa yang berusia hampir 70 tahun memberitahu, dia sedang berwuduk dalam bilik air di luar rumahnya ketika dipeluk dari arah belakang secara tiba-tiba oleh seorang lelaki.

Menurutnya, lelaki itu menciumnya bertubi-tubi sebelum cuba menanggalkan kain basahan mangsa. Suspek kemudian mengarahkannya supaya diam.Namun mungkin setelah mendapati ada kelainan pada fizikal nenek itu yang berbeza daripada sangkaannya, suspek berbisik dan bertanya mangsa: "Tak kerja ka?"

Mangsa yang ketakutan menjawab pertanyaan itu dengan berterus-terang bahawa dia sudah lama tidak bekerja kerana usianya pun sudah melebihi 60 tahun.Suspek yang baru tersedar dia tersilap sasaran, segera melepaskan mangsa dari pelukannya Dia mengarahkan mangsa mandi sebelum segera berlalu meninggalkan tempat itu.




Nenek malang itu kemudian dibawa anggota keluarganya ke balai polis untuk membuat laporan. Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh yang mengesahkan kejadian itu berkata, golongan wanita seharusnya lebih berhati-hati ketika berada di dalam bilik air terutama bagi mereka yang menggunakan bilik air di luar rumah.

"Keadaan bilik air yang tidak sempurna terutama di kampung-kampung boleh mengundang pelbagai perlakuan jenayah, terutama kes cabul dan rogol," katanya.Menurutnya, bilik air mesti dipasang lampu termasuk di luar bangunan rumah.

"Jangan bergelap. Ada orang sengaja mandi dalam gelap untuk mengelak diintai tetapi dalam keadaan gelap, ia sebenarnya mendorong jenayah lebih serius. Perkara paling utama pastikan keadaan dinding dan persekitaran selamat. Pintu mesti ditutup dan dikunci dengan sempurna," 
Tag : , , ,

Pelik! Kemaluan Bayi Di Belakang Badan

on Tuesday, November 5, 2013


Kemaluan Bayi Di Belakang Badan - Seorang bayi mempunyai dua kemaluan.


Bayi ini bukan dilahirkan khunsa seperti bayi yang lain kerana mempunyai kemaluan lelaki dan perempuan.

Tetapi kemaluan tersebut wujud di dua tempat iaitu di bahagian normal, dan satu lagi di belakang badannya.Bayi Li Jun yang tinggal di Kota Hejian Propinsi Henan ini segera di bawa ke Hospital Kanak-kanak Tianjin oleh orang ibu bapanya yang berasa terkejut melihat adanya kemaluan kedua pada belakang badan anaknya.

Doktor terpaksa melakukan pembedahan bayi tersebut untuk membuang kemaluan keduanya tersebut.Para doktor mengklasifikasikan kes ini sebagai Fetus in Fetu (FIF).
Ketika pembedahan dilakukan, doktor memerlukan waktu lebih dari tiga jam untuk membuang kemaluan kedua bayi tersebut. – paapaada.blogspot
Tag : , , ,

Video Lelaki Bunuh Diri Selepas Bunuh isteri Dan Anaknya

on Sunday, November 3, 2013

Inilah yang berlaku apabila manusia hilang pertimbangan dan tergoda dengan hasutan syaitan yang maha menyesatkan. Menurut sumber, lelaki ini menggantung dirinya selepas membunuh anak dan isterinya.



Di dalam video terpapar kelibat mayat kanak-kanak yang putus kepalanya dipercayai anak kepada lelaki terbabit.

Semoga kita Malaysia terpelihara dari kes-kes yang sedemikian rupa.

TONTON VIDEO LELAKI GANTUNG DIRI SELEPAS BUNUH ANAK DAN ISTERINYA DI BAWAH.


Tag : , , ,

Disamun Dan Dirogol Dalam Lif, Hati-hati Kaum Hawa Sekarang Ini

on Saturday, November 2, 2013


Malang tidak berbau,begitu la nasib seorang wanita bukan saja disamun, malah dirogol seorang lelaki dipercayai warga asing di kondominium miliknya di Damansara Perdana, di sini beberapa hari yang lalu.




Difahamkan, dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa yang juga warga tempatan berusia 38 tahun sedang menaiki lif sebelum diekori lelaki terbabit yang berusia 30an.Lelaki terbabit kemudian mengikat tangan dan mengambil wang tunai berjumlah RM800 berserta telefon bimbit yang terletak di dalam beg tangan mangsa.


Mangsa turut diugut sebelum ditolak masuk ke dalam rumah dan dirogol sebelum melarikan diri.



Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, siasatan awal polis berjaya menahan seorang lelaki warga asing berusia 40 tahun bagi membantu siasatan.



Katanya, lelaki terbabit ditahan di Cheras bagi membantu polis memburu suspek sebenar yang merogol mangsa.



“Hasil siasatan awal, polis mengesyaki suspek telah menjual telefon bimbit mangsa kepada lelaki lain.



“Polis juga percaya perbuatan ini dilakukan penyewa atau penduduk di situ kerana sistem kawalan keselamatan kondominium dikawal rapi 24 jam dan pelawat memerlukan kad akses untuk masuk ke dalam bangunan,” katanya.



Menurut Arjunaidi, polis masih menyiasat lanjut berhubung perkara itu dan lelaki terbabit direman.



Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan dengan melakukan rompakan.



P/s: Berhati-hati ketika berjalan di tempat yang sunyi dan tiada banyak orang dan lihat disekeliling anda supaya tidak di ekori oleh sesiapa individu yang mencurigakan. Sediakan handphone ditangan dan dail sesiapa saja yang dikenali terdekat dengan anda jika sesuatu yang mencurigai berlaku..

Tag : , , ,

Kecoh Fida Ibrahim Kahwin Senyap Senyap


Lepas satu persatu selebriti di negara kita ni dikaitkan dengan kontroversi pernikahan secara senyap-senyap. Kalau sebelum ini, pasangan pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal dikatakan sembunyikan pernikahan. Begitu juga dengan pelakon Ashraf Muslim. Kemudian semuanya terburai diketahui media dan peminat.

Terbaru, pelakon Fida Ibrahim pula digosipkan telah berkahwin senyap senyap di selatan Thailand. Lebih menarik, Fida didakwa bernikah dengan pengurus peribadi beliau sendiri yang dikenali sebagai Shah. Bagaimanapun Fida menafikan gosip berkenaan dan anggap cerita itu hanya rekaan semata-mata. Fida juga mahu mereka yang mereka cerita berkenaan agar kemukakan bukti sekiranya ada.


“Kahwin? Kalau betul saya telah berkahwin sila kemukakan bukti. Cerita saya kahwin secara senyap sebenarnya sudah timbul sejak dulu lagi. Sebelum ini, saya pernah juga didakwa berkahwin secara senyap dengan seorang VIP. Sekarang, saya didakwa pula berkahwin secara senyap dengan pengurus sendiri. Sebenarnya, ada orang yang cuba mereka cerita mengenai perkahwinan saya,” jawab Fida Ibrahim dipetik dari Rotikaya.

Selain itu, Fida juga menjawab isu inai yang sering menghiasi jari dengan mengatakan ianya sekadar hiasan dan tidak ada kena mengena dengan sebarang pernikahan seperti dikhabarkan oleh sesetengah pihak.


Sumber : ammboi.com
Tag : , , ,

Hukum Main Kutu Dan Cabutan Giliran

on Friday, November 1, 2013

Hukum Main Kutu Dan Cabutan Giliran | Soalan : Ustaz saya nak tanya tentang permainan kutu. sekali pandang nampak halal. ok begini.

Pekerja office saya ada membuat ”main kutu”. satu kepala atau seorang RM100 seramai 11 orang jadinya setiap orang akan dapat 1100 (100 duit sendiri) tiap bulan. Yang jadi masalahnya tiap bulan cabutan akan dibuat, siapa dapat happy la..Saya melihat disini ia ada unsur judi, sebab sebelum cabutan-cabutan mengharap nasibnya akan kena, jadi saya fikir kalau dibuat cabutan number giliran yang dah tetap siapa yang dapat tiap bulan sebagai contoh, Mamat bulan jan, Abu bulan feb, Ali bulan mac dan seterusnya itu adalah harus.
Saya harap sangat komen ustaz..
Jawapan
Setakat info yang diberikan dan juga menurut pengetahuan saya berkenaan skim ‘kutu’ ini, secara dasarnya saya lihat urus aturan ‘kutu’ ini adalah harus.
Ini adalah kerana sebenarnya wang diperolehi oleh seseorang itu hanyalah wangnya sendiri yang terkumpul pada masa akan datang, cumanya keistimewaannya apabila tiba gilirannya maka sebagai ahli dia akan dapat menggunakannya secara ‘in advance’ disebabkan sumbangan wang dari semua ahli kumpulan. Pembayaran ‘In advance’ ini dari sudut Islam dilihat sebagai pinjaman tanpa faedah dari semua ahli kumpulan. Bermakna, setiap bulan semua ahli kumpulan akan menyumbangkan pinjaman yang mana wang pinjamannya itu akan kembali padanya apabila tiba gilirannya.
Namun demi memastikannya halal, perlulah memastikan semua ahli kumpulan boleh dipercayai, dikenali dan membuat aqad bertulis bagi protect kemaslahatan semua. Tanpanya, permainan terdedah kepada penipuan dan gharar.
Bayangkan zaman hari ini, orang yang nampak baik pun liat nak bayar hutang.
Kesimpulannya, skim ‘kutu’ antara sesama rakan yang dipercayai dalam jumlah yang terhad dan munasabah serta bertulis adalah harus disebabkan ia hanyalah aktiviti pinjam meminjam.
Aktiviti saling memberi pinjam dengan nilai dan jumlah yang sama adalah harus. Antara hujjah saya adalah seperti berikut :-
Pertama : Keharusan kaedah :-
Ertinya : “Kamu pinjamkan kepadaku nescaya aku juga akan meminjamkan kepadamu kelak” (Mawahibul Jalil, Al-Hattab, 4/395)
Menurut mazhab Maliki, konsep ini dianggap makruh apabila ia memberikan manfaat kepada yang pemberi hutang lalu ia haram, tetapi jika manfaat diperolehi oleh peminjam ia adalah harus.
Namun dalam bab ini kedua-dua pihak mendapat manfaat yang sama rata. Justeru ia sewajarnya diharuskan. Inilah yang diperolehi dari skim ‘kutu’ ini.
Kedua : Tidak termasuk dalam bentuk faedah yang dilarang.
Kebanyakkan ulama berpendapat bahawa tindakan ini adalah harus di sisi Syariah atas sebab ia tidak termasuk dalam pinjaman dengan faedah yang dilarang oleh Shariah. Jumlah dan tempoh pinjaman juga adalah serupa. Ini menjadikannya tiada sebarang lebihan manfaat yang boleh menjadikannya haram.
Manakala syarat untuk memberi pinjam semula tadi, jikapun ia dianggap sebagai satu manfaat namun ia adalah manfaat yang sama kepada dua-dua pihak dan bukan hanya satu pihak yang boleh membawa penindasan. Ia juga boleh dilihat dalam isu ‘Suftajah’. Demikian menurut pendapat Ibn Qudamah, Ibn Taymiah dan Ibn Qayyim. Malah diperjelaskan lagi oleh Prof. Dr Nazih Hammad  (Qadhaya Fiqhiyyah Mu’asiroh fi iqtisad wal Mal, Nazih Hammad, hlm 230)
Ketiga : Riba diharamkan disebabkan kerana zalim yang berlaku ke atas satu pihak.
Namun di dalam hal ni tiada sebarang kezaliman berlaku kerana kedua-duanya mendapat jumlah, dan tempoh yang sama, cuma di waktu yang berbeza sahaja.
Ibn Qayyim berkata :-
والشارع نهي عن الربا لما فيه من الظلم
Ertinya : “Shariah melarang riba disebabkan kerana kezaliman yang terdapat padanya” (‘I’lam al-Muwaqqi’en, 1/386)
Adapun persepakatan dalam pinjaman berbalas dengan jumlah dan tempoh sama ini tiada terkandung di dalamnya sebarang zalim kepada mana-mana pihak. (Qadhaya Fiqhiyyah Mu’asiroh fi iqtisad wal Mal, Nazih Hammad, hlm 231)
Perihal Cabutan Untuk Menentukan Giliran
Tepat sekali, permainan ‘kutu’ akan menjadi semakin bersih dan baik jika giliran telah ditentukan dari awal agar semua pihak tidak tertunggu-tunggu.
Namun, setakat pengamatan saya berdasarkan perbincangan para ulama berkenaan asas ‘undian’ atau disebut dalam bahasa ‘Arab sebagai Qur’ah boleh dilakukan apabila semua pihak mempunyai hak yang sama untuk terpilih. Hukumnya adalah harus dan tiada unsur judi di situ. Nabi Muhammad SAW juga pernah mencabut undi untuk melihat siapa dari kalangan isterinya yang akan terpilih untuk bermusafir bersama baginda SAW.
Tag : , , ,

Mengerikan..!!.Kemalangan Kereta Membuatkan Kepala Mangsa Tertusuk Besi Hingga Tembus

on Wednesday, October 30, 2013

Gambar sangat mengerikan, mohon untuk tidak melihat bagi sesiapa yang sensitif terhadap luka. 

Lelaki ini pasti memandu keretanya terlalu kuat ketika tiba-tiba ada sebatang besi besar membentur kaca keretanya dan menusuk kepalanya hingga tembus sampai belakang kepalanya. Saya tidak tahu insiden tragis ini berlaku di mana? Terlepas dari di mana insiden ini terjadi, kita harus mampu memetik pelajaran dari apa-apa yang kita lihat dan apa yang di alami oleh orang lain agar kita lebih berhati-hati dalam setiap tindakan kita.




Tag : , , , ,

Gambar Ngeri Wanita Di Sembelih Dan Di Lapah Serta Dikendurikan

on Wednesday, October 16, 2013


Mengerikan sungguh dahsyat.Dimana di sebuah desa terpencil di negara China, setiap tahun mereka akan melakukan pesta pemotongan 'daging' secara besar-besaran. Kerana bagi mereka, 'daging' merupakan makanan mewah dan susah didapati. Sehingga mereka hanya boleh memakannya sekali sahaja setiap tahun dan hanya pada hari perayaan tersebut. 



Ceritanya bagai mana gadis2 ini didapati, apa bila seseorang itu ingin ke salah satu tempat di china, yang bakal melalui desa tersebut dan kebiasaannya akan ada yang menumpang dan menginap di rumah warga desa tersebut. Jika mereka menemukan pengunjung wanita, mereka akan menangkap si wanita tersebut dan diikat dan dilarang keluar dari rumah. Si wanita tersebut akan diberi makan dan tempat tinggal yang disediakan oleh warga desa tersebut. 

Ketika menjelang perayaan, wanita tersebut akan dibunuh dan badannya akan dijadikan DAGING PERSEMBAHAN oleh warga mereka ini. Wanita yang telah diculik oleh warga akan dicuci bersih terdahulu hingga dicabut seluruh bulu badannya. 
Kemudian wanita itu di telanjang dan kaki tangannya diikat ketat dan dibawa ke tempat persembahan mereka, kemudian baru akan dijalankan upacara pemotongan. 
Wanita atas ini pada saat akan dipotong, dia hanya menangis tanpa teriak. Kerana dia telah tau takde org yang akan menyelamatkan dirinya. Wanita tersebut akan dipotong lehernya dahulu supaya berhenti bernafas. 
Daging dilapah untuk dimasak 

Apabila hari perayaan maka, gadis-gadis ini akan disembelih dan di lapah seperti gambar-gambar diatas dan juga gambar yang sebelum ini. Makanya setiap tahun akan ada gadis yang akan dikorbankan. 



Masyallah~ 

Kepada gadis-gadis di luar sana jadikan ini sebagai pengajaran untuk anda semua lebih berhati2-http://taotauajer.blogspot.com



Tag : , , , ,

Kepala Lelaki Ini Di Pancung Kerana Merogol Dan Bunuh Anaknya

on Tuesday, October 15, 2013

Menurut teks dihantar kepada saya, ini kejadian dahsyat berlaku di Brazil. Ini adalah seorang lelaki yang telah dipancung kerana beliau dituduh merogol dan membunuh anaknya sendiri.

Kampung mendapati tiada pilihan yang lebih baik tetapi untuk mengambil keadilan ke dalam tangan mereka sendiri. dipancung dia pembunuh yang didakwa dan dipersembahkan kepada masyarakat, untuk menunjukkan apa yang boleh berlaku dengan penjenayah lain.

Saya tidak tahu apa pendapat mereka layak perbuatan ini, tetapi saya memberi jaminan kepada anda bahawa imej-imej yang agak kuat, sensitif atau tidak sesuai untuk bawah umur.








Tag : , , ,

Gambar Isteri Disula Hingga Mati

on Monday, October 14, 2013


Memang Kejam!!! petengkaran yang berlaku antara suami isteri berakhir dengan tragedi buruk apabila si isteri berusia 24 tahun mati dengan keadaan bogel dan lebam akibat dibelasah dengan suami tidak cukup dengan itu isteri tersebut disula dengan batang paip besi hingga terberak


Tag : , , ,

Pramugari Cantik Ditiduri Oleh Hantu Raya?

on Saturday, October 12, 2013

CUACA pada malam itu agak dingin. Semua penghuni rumah teres dua tingkat di Nilai, Negeri Sembilan itu sudah tidur semasa Keena pulang daripada kerja.
Pada masa itu jarum jam menunjukkan pukul 11 malam. Pramugari itu terus ke bilik air untuk membersihkan tubuh setelah 13 jam mengharung penerbangan dari London ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.
Sedang dia asyik menghayati siraman air suam kuku, tiba-tiba pandangan mata Keena terarah kepada sebuah objek yang melekat pada cermin pemisah bilik airnya.
Dek terlalu letih, Keena tidak banyak berfikir. Dia menyangkakan objek itu mungkin seekor kelawar yang tersesat ke dalam kamar mandinya. Seketika kemudian objek berwarna hitam itu lenyap.
“Bila diamati betul-betul ia seolah-olah tapak tangan lembaga hitam yang diletakkan pada cermin itu,” tutur Keena, 37.
Putus tunang
Sejak setahun lalu, ibu tunggal itu sudah terbiasa dengan kejadian pelik di rumahnya. Rumah tersebut didiami Keena bersama ibu, adik dan seorang anak lelakinya.
Malah, adik perempuan Keena mendakwa pernah melihat makhluk seakan-akan beruk besar berdiri di atas bumbung rumahnya. Jelas Keena, sejak bercerai dengan suaminya enam tahun lalu, rumah itu tidak lagi tenteram seperti dahulu.
Ada sahaja gangguan misteri berlaku. Daripada bunyi bising hinggalah jelmaan makhluk hitam berbulu yang menemani tidurnya.
“Lampu terpadam tiba-tiba, bunyi orang sedang berjalan dan benda mencakar dinding sudah menjadi perkara biasa buat saya. Kadang-kadang ada bunyi guli melantun di atas siling.
“Semasa tidur pula ada makhluk berbulu hitam pekat sering menindih saya. Apabila dibacakan ayat Kursi dan dilaungkan azan ia akan hilang tetapi akan muncul semula.
kisah benar pramugari 2 Kisah Benar Pramugari Ditiduri Oleh Hantu Raya?
“Bukan itu sahaja, sejak mengalami gangguan itu, emosi saya selalu tidak stabil. Saya menjadi semakin panas baran dan mudah marah,” jelas Keena dalam nada sugul kepada Jurnal.
Dia tidak sahaja diganggu oleh bunyi-bunyi aneh dan jelmaan makhluk yang menyeramkan, bahkan kehidupan peribadi Keena turut merudum.
Setelah bercerai dengan suaminya yang merupakan seorang pramugara pada tahun 2006, Keena mengalami banyak kegagalan dalam percintaan.
“Dalam tempoh itu saya sudah bertunang sebanyak tiga kali. Apabila hampir untuk diijabkabulkan, hubungan kami terputus tanpa sebab. Saya baru sahaja putus tunang dengan seorang mualaf.
“Dia tiba-tiba tidak jadi berkahwin dengan saya walaupun hanya tinggal seminggu lagi. Saya bingung, mengapa semua ini berlaku?” kata Keena.
Menyedari keanehan itu, Keena berjumpa ramai pakar perubatan Islam untuk mendapatkan rawatan. Malangnya keanehan berlaku lagi sewaktu dia membawa seorang ustaz ke rumahnya untuk berubat. Dalam perjalanan itu, kereta mereka dihalang oleh seekor ular besar berwarna hitam.
Ular itu bagaikan hendak menghalang ustaz itu daripada tiba ke rumah Keena.
“Sewaktu menjemput seorang ustaz daripada jalan utama ke kawasan rumah saya, konvoi kami dihalang oleh ular itu.
Disetubuhi
“Ular berwarna hitam yang berdiri setinggi kereta itu berada betul-betul di tengah laluan kami sebelum ia tiba-tiba lenyap.
“Anak saya memberitahu bahawa dia seperti sedang menonton rancangan National Geographic secara langsung. Itulah pertama kali saya melihat ular yang begitu besar,” tutur Keena.
Menurut seorang pengamal perubatan Islam, Shamsuri Shafei, Keena sebenarnya menderita akibat disihir dan diganggu hantu raya.
“Makhluk berbulu yang sering dilihat Keena itu kalau di kampung dipanggil hantu raya. Ia dibela sejak zaman-berzaman dan dihantar untuk memecahbelahkan kehidupan orang lain.
“Dalam diri Keena sendiri ada makhluk halus yang bersarang. Kerana itulah emosi dia kerap terganggu kerana terdapat kesan lebam pada tubuhnya,” tutur Shamsuri.
Tambah Shamsuri, lebih teruk apabila makhluk berbulu setinggi manusia biasa itu boleh melakukan persetubuhan dengan mangsa.
“Ada mangsa gangguan hantu raya yang mengaku dia disetubuhi oleh makhluk itu. Biarpun dalam keadaan tidak sedar, tetapi ciri-ciri seperti seseorang yang selesai bersetubuh itu terdapat pada mangsa,” tambah Shamsuri.
Baru-baru ini, Shamsuri melakukan proses menghalau makhluk tersebut dan memagar rumah Keena dengan bacaan ayat-ayat rukyah.
Setiap bilik di rumah Keena dibacakan ayat-ayat suci berserta bacaan doa untuk menghalau makhluk ghaib tersebut. Sebuah bilik di bahagian belakang yang didakwa oleh Shamsuri sebagai tempat hantu raya tersebut duduk dilaungkan dengan alunan azan.
Ketika Shamsuri dan tiga orang pembantunya melaungkan azan secara serentak itu, perhatian Jurnal tertarik oleh bunyi dari sebuah almari.
Bunyi jari telunjuk yang mengetuk pintu almari itu bersahutan sebanyak empat kali sebelum ia berhenti.
Jelas Shamsuri, apabila dibacakan ayat-ayat al-Quran dan azan, makhluk halus tersebut akan berasa panas dan marah. Seterusnya akan kedengaran bunyi-bunyi seperti mencakar dinding, bunyi cawan dan harimau mengaum.
“Tanda-tanda ini akan berlaku pada waktu malam selepas ia dihalau. Ini bermakna ia tidak akan mengganggu lagi mangsanya,” kata Shamsuri.
Kosmo
Tag : , ,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PERINGATAN: HabisMasa tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
 
© Realiti Dan Fantasi Informasi | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO