Lepas satu persatu selebriti di negara kita ni dikaitkan dengan kontroversi pernikahan secara senyap-senyap. Kalau sebelum ini, pasangan pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal dikatakan sembunyikan pernikahan. Begitu juga dengan pelakon Ashraf Muslim. Kemudian semuanya terburai diketahui media dan peminat.
Terbaru, pelakon Fida Ibrahim pula digosipkan telah berkahwin senyap senyap di selatan Thailand. Lebih menarik, Fida didakwa bernikah dengan pengurus peribadi beliau sendiri yang dikenali sebagai Shah. Bagaimanapun Fida menafikan gosip berkenaan dan anggap cerita itu hanya rekaan semata-mata. Fida juga mahu mereka yang mereka cerita berkenaan agar kemukakan bukti sekiranya ada.
“Kahwin? Kalau betul saya telah berkahwin sila kemukakan bukti. Cerita saya kahwin secara senyap sebenarnya sudah timbul sejak dulu lagi. Sebelum ini, saya pernah juga didakwa berkahwin secara senyap dengan seorang VIP. Sekarang, saya didakwa pula berkahwin secara senyap dengan pengurus sendiri. Sebenarnya, ada orang yang cuba mereka cerita mengenai perkahwinan saya,” jawab Fida Ibrahim dipetik dari Rotikaya.

Selain itu, Fida juga menjawab isu inai yang sering menghiasi jari dengan mengatakan ianya sekadar hiasan dan tidak ada kena mengena dengan sebarang pernikahan seperti dikhabarkan oleh sesetengah pihak.
Sumber : ammboi.com
Sumber : ammboi.com
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment