MEMANG GILA! Kemaluan Hampir Putus Ditetak

on Tuesday, December 3, 2013

Seorang pemandu lori balak hanya sempat berlari beberapa meter sambil memegang kemaluannya yang hampir putus sebelum rebah dan meninggal dunia selepas diserang rakan sekerja dipercayai akibat salah faham dalam kejadian di sebuah kawasan pembalakan di Batu 38, Kalabakan, dekat sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang, mangsa yang dikenali sebagai Roslan Nordin, 35, mati akibat kecederaan parah di kepala dan badan termasuk kemaluan akibat diserang menggunakan parang.
Menurut sumber, ketika kejadian, seorang daripada pekerja di lokasi pembalakan melihat mangsa berlari menuju ke arah kilang papan dalam keadaan berlumuran darah.
“Namun, sebelum sempat memasuki kilang terbabit, mangsa dikatakan terjatuh sebelum dihampiri rakan sekerja lain.
“Sebaik dihampiri, beberapa pekerja pembalakan yang cuba membantu terkejut melihat keadaan mangsa berlumuran darah selain mengalami kecederaan parah di kepala dan kemaluan,” katanya.
Katanya, mangsa dipercayai cuba memberitahu apa yang berlaku, tetapi tidak sempat sebelum meninggal dunia.
Menurut sumber, rakan mangsa kemudian memaklumkan kepada pengurus kawasan pembalakan itu sebelum mereka membuat laporan polis. Menurut sumber Harian Metro.
“Pemeriksaan awal mendapati mangsa dipercayai meninggal dunia akibat parah di kepala, pinggang dan kemaluan dipercayai ditetak menggunakan parang panjang.
“Kejadian ini dipercayai dilakukan suspek iaitu rakan sekerja yang menghilangkan diri sebaik menyedari perbuatannya diketahui umum,” katanya.
Menurut sumber, siasatan lanjut mendapati suspek berusia 30-an ada menemui abang iparnya yang bekerja berhampiran kawasan pembalakan dan mengaku membunuh seorang lelaki.
“Abang ipar suspek yang mendengar pengakuan lelaki terbabit bagaimanapun enggan campur tangan mengenai perkara itu.
“Suspek dipercayai menemui abang iparnya sambil membawa sebilah parang dan mengaku menetak seseorang sebelum menghilangkan diri,” katanya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah Senior Asisten Komisioner Omar Mammah ketika dihubungi semalam mengesahkan perkara itu dan memaklumkan mayat mangsa dihantar ke Hospital Besar Tawau untuk bedah siasat. “Setakat ini, polis masih menyiasat motif kejadian dan berusaha mengesan suspek yang sudah melarikan diri selepas menyerang mangsa.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.- sumber
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PERINGATAN: HabisMasa tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
 
© Realiti Dan Fantasi Informasi | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO