Suami Nooraida iaitu Amiruddin Othman,mengakui telah menceraikan isterinya itu, dua hari lalu.Hal ini mengejutkan ramai pihak,memandangkan dia baru sahaja mengumumkan akan terus memperjuangkan kes melibatkan Adi demi menuntut keadilan.
Walaupun banyak spekulasi bertebaran disebabkan keputusan ini, Noraida Abd. Mutalib atau Aida pula dilihat lebih tenang.
Malah Aida dilihat mengemaskini status Instagram seperti biasa termasuk ‘risaukan’ jerawat di muka.
Bagaimanapun selepas berita perceraiannya diketahui ramai, pada pengikut Instagram mula memberikan kata-kata sokongan dan meminta supaya dia bersabar lalu dibalas dengan ucapan terima kasih oleh Aida.
Ulasan Nooraida mengenai spekulasi punca penceraiannya:-
Terbaru di laman Twitter, Aida dilihat mengulas tentang hal peceraiannya iaitu meminta supaya tidak ada sesiapa dipersalahkan.“perpisahan atas persetujuan bersama.Jgn salahkan sesiapa ya.Kami tetap kawan baik dan dia ayah yg sangat2 bertanggungjawab.Alhamdulillah”
Kita doakan yang terbaik buat semua pihak.Apa pun sudah berlaku sama-samalah ambil pengajaran untuk jalani kehidupan yang lebih baik, mudah-mudahan. - sumber
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment